TANGANI PEMBULI SIBER ATAU SIBER-HENDAP (CYBERSTALKING)

Realitinya, gangguan siber tidak boleh dipandang enteng berikutan sudah menjadi ancaman ketiga paling berbahaya selepas penipuan dan pencerobohan.  Hal ini dilaporkan sendiri agensi pakar teknikal keselamatan siber di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), CyberSecurity Malaysia.

Beberapa tips bagi mengelakkan daripada terjadi, iaitu:

  • Jangan balas mesej yang bertanyakan maklumat peribadi anda.
  • Jangan berkongsi perasaan peribadi anda.
  • Pilih nama yang tidak melambangkan jantina anda apabila bersembang.
  • Lakukan carian ke atas diri sendiri menggunakan enjin carian bagi memastikan tiada maklumat peribadi anda diposkan oleh orang lain.
  • Simpan mesej yang mengganggu dan mengancam anda dan laporkan kepada Malaysian Computer Emergency Response Team (MyCERT) di cyber999@cybersecurity.my
  • Jika keadaan menjadi tidak selesa, log keluar dan layari laman lain.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.

PAKEJ WEBSITE 2022

PAKEJ WEBSITE ECOMMERCE 2022


x
Scroll to Top