PERKHIDMATAN ICLOUD APPLE ALAMI MASALAH, TIDAK BOLEH DIAKSES

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan storan awan Apple, iCloud dilapor mengalami masalah pada Rabu apabila pengguna mengalami masalah menggunakan beberapa perkhidmatan Apple iCloud.

Antara masalah yang dialami adalah iCloud Backup, iCloud Mail dan iCloud Photos.

Mengikut laporan pengguna di laman web Downdetector, 89 peratus laporan berkait masalah untuk mengakses masuk ke perkhidmatan tersebut, sementara sembilan peratus mengalami masalah emel manakala dua peratus lagi melaporkan perkhidmatan itu beroperasi dengan ‘lembap’.

Masalah tersebut disahkan oleh Apple menerusi laman web System Status.

Disebabkan masalah tersebut masih berterusan, iCloud Backup, Mail dan Photos bersama Game Centre dan iMessage turut mengalami masalah yang sama bagi sesetengah pengguna.

Apple bagaimanapun tidak menyatakan tempoh masa perkhidmatan itu akan kembali beroperasi seperti biasa.

Dianggarkan sejumlah 850 juta pengguna seluruh dunia menggunakan perkhidmatan itu sejak tahun 2018.

Sumber: Astroawani.com bertarikh 26 Januari 2022

Leave a Comment

Your email address will not be published.

PAKEJ WEBSITE 2022

PAKEJ WEBSITE ECOMMERCE 2022


x
Scroll to Top