PENGGUNA FACEBOOK DAKWA AKAUN DIGODAM, HANTAR PAUTAN KE LAMAN WEB LUCAH

SHAH ALAM: Segelintir pengguna Facebook mendakwa akaun mereka digodam pautan laman web yang tidak diketahui dan diteg dengan laman web lucah sejak minggu lalu.

Tinjauan
Sinar Harian mendapati, pautan mencurigakan itu diteg dengan nama pemilik akaun secara rawak yang meminta penerima menekan pautan diberikan mengandungi gambar atau video.

Seorang pengguna Facebook, Haswad Abdul Halim, 40, berkata, dia menyedari akaunnya diteg dengan pautan laman web lucah apabila menerima notifikasi mencurigakan.

“Ada akaun yang tidak dikenali
tag nama saya di Facebook. Saya menyedari pautan laman web itu adalah laman web lucah kerana ada kenalan beritahu saya.

“Saya rasa malu dan bimbang jika dianggap tidak bermoral. Saya kemudian buat permohonan maaf di
wall saya bagi menerangkan perkara sebenar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Haswad berkata, akaun Facebook milik abang dan beberapa rakannya juga diteg dan mendapat notifikasi sama sejak beberapa minggu lalu.

“Selepas kejadian minggu lalu, saya tidak menerima sebarang notifikasi sama lagi. Jika ada lagi selepas ini, saya akan terus padam dan keluarkan
tag dari akaun berkenaan.

“Saya akan rujuk rakan yang lebih arif dengan laman sosial Facebook agar perkara sama tidak berulang lagi atau mungkin akan nyah aktif akaun buat sementara waktu jika nama saya masih diteg dengan pautan sama,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fazrul Izwan Zainal Azeman, 37, mendakwa, aplikasi Messenger pada akaun Facebook miliknya turut menghantar pautan mencurigakan kepada lebih 50 rakannya minggu lalu.

Katanya, pautan yang dihantar bersama mesej dan emoji itu mencetuskan tanda tanya dengan meminta penerima membukanya.

“Saya hanya menyedari akaun Facebook saya digodam apabila adik saya bertanyakan perkara itu menerusi aplikasi WhatsApp.

“Ketika membuka Messenger, saya lihat lebih 50 rakan di Facebook menerima pautan berkenaan,” katanya.

Mohd Fazrul Izwan berkata, ada antara rakannya yang menekan pautan berkenaan kerana menganggap ia sememangnya dihantar oleh dirinya.

“Saya maklumkan kepada semua rakan supaya tidak membuka dan mengabaikan pautan serta mesej yang diterima kerana ia bukan daripada saya,” katanya.

Setakat ini tiada sebarang penjelasan rasmi daripada Facebook mengenai perkara tersebut, namun sebelum ini pihak aplikasi yang dibangunkan Mark Zuckerberg itu pernah memberi peringatan kepada pengguna supaya tidak membuka pautan mencurigakan.

*Berita asal di Sinar Harian
Sumber: astroawani.com bertarikh 25 Januari 2022

Leave a Comment

Your email address will not be published.

PAKEJ WEBSITE 2022

PAKEJ WEBSITE ECOMMERCE 2022


x
Scroll to Top