MEMILIH NETBOOK TERBAIK SECARA RASIONAL

“Menyesal saya beli dahulu” ini adalah antara keluhan di kalangan pembeli dan pengguna terawal netbook di pasaran.  Semasa membelinya hanya ada beberapa model/jenama yang di jual. Kemunculan netbook atau notebook mini tidak lagi pelik bagi sesetengah orang.  Malah ramai yang menunggu kemajuan terbarunya di masa akan datang.

Bagi yang menyimpan hasrat memilikinya, tentu sekali sudah mencongak-congak beberapa faktor yang patut diambil kira.  Antaranya tujuan penggunaan, mutu skrin, saiz kekunci, ketahanan bateri, sistem operasinya (OS), kemudahan warayles, jenis/jumlah port, aksesori, reka bentuk dan harganya.

Bagaimanapun, kemampuan atau prestasi netbook boleh dikatakan masih rendah berbanding kebanyakan notebook biasa.  Tetapi lebih hebat daripada pembantu peribadi digital (PDA) atau telefon pintar.  Kelebihan ini bole dinilai melalui pemproses (CPU) yang digunakannya. CPU Intel Atom atau VIA C7-M contohnya terbukti boleh mengoperasikan sistem operasi (OS) Windows atau Linux.  Manakala ciri tambahannya juga mirip notebook biasa – seperti memori (RAM), pemacu keras, wayarles (WiFi, Bluetooth) dan port USB.

Bukan itu sahaja, tarikan netbook juga terletak kepada sifat mobilitinya.  Dimensinya yang kecil dan ringan memudahkannya dibawa ke mana-mana.  Jika sebelum ini, peminat jaringan internet lebih tertumpu kepada PC/notebook di pejabat, rumah dan kafe siber sahaja, kini mereka boleh bersosial di lokasi yang dilengkapi kemudahan WiFi.  Malah, netbook juga menyokong kemudahan 3G menerusi modem luarannya yang perlu dipalam pada port USB.

Kesimpulannya, saiz yang lebih kecil atau harga murah bukan menjadi keutamaan.  Biar mahal sedikit asalkan menepati ciri-ciri yang diingini.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

PAKEJ WEBSITE 2022

PAKEJ WEBSITE ECOMMERCE 2022


x
Scroll to Top