KESAN PENGGUNAAN GAJET KEPADA REMAJA

Media sosial dan teknologi mengubah cara manusia berinteraksi.  Kini jarak dan tempat tidak lagi menjadi halangan untuk kekal berhubung. Dengan hanya satu klik di hujung jari, jaringan interaksi sosial maya membolehkan anda kekal terhubung dengan orang lain tanpa mengira waktu.  Penggunaan teknologi moden juga mengubah persekitaran perkembangan anak anda.

Penggunaan internet dan pergantungan kepada gajet tanpa kawalan boleh mengakibatkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan terutamanya kepada golongan remaja.  Sedar atau tidak, ia boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada seseorang individu tidak kiralah kesan negatif atau positif.

Kesan Positif

  1. Mempertingkatkan kemahiran Bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris

Permainan komputer online atau menggunakan gajet memerlukan pengguna mahir dalam Bahasa Inggeris. Secara tidak langsung akan mendorong kepada meningkatkan kemahiran membaca, menulis dan bercakap dalam Bahasa Inggeris.

  1. Sikap bantu membantu

Dalam permainan sosial games membawa kepada lebih banyak sikap “bantu-membantu” di kalangan pemain. Ini mendorong semangat kerjasama dan meningkatkan kemahiran bersosial.

  1. Meningkatkan kemahiran memberi tumpuan

Kategori “games” FPS (First-Person-Shooter) ini memerlukan tumpuan dan kemahiran yang sangat tinggi untuk menjuarai permainan. Ini akan menajamkan kemahiran memberi tumpuan.

Kesan Negatif

  1. Mewujudkan sikap malas

Permainan komputer atau menggunakan gajet akan mengasyikkan dan hanya menumpukan kepada permainan mahupun gajet masing-masing.  Remaja boleh menjadi ketagih dan mengabaikan mengulangkaji pelajaran.

  1. Masalah kekurangan tidur

Hampir 80% remaja tidur dengan telefon pintar mereka di sisi dan menggunakannya sebagai jam loceng.  Kekurangan tidur memberi kesan psikologi kepada remaja termasuklah mudah marah, kemahiran sosial terjejas dan memori lemah yang boleh memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka.

  1. Ketagihan permainan komputer

Masa dan tempat tidak lagi menjadi isu asal sahaja ada capaian internet maka ketagihan terhadap permainan mahupun bersosial akan dilakukan. Ini adalah impak yang amat tidak baik kepada remaja dan boleh mengalami masalah kesihatan.

  1. Kurang aktiviti luar dan leka pada dunia maya

Melayari internet secara berlebihan juga menyebabkan individu suka duduk bersendirian sepanjang masa. Kurang melakukan aktiviti luar dan fizikal, keadaan ini akan mendedahkan remaja kepada masalah psikologi dan juga kesihatan.

  1. Kurang membaca buku

Internet merupakan sumber maklumat yang mudah dicari dengan menggunakan hujung jari.  Kemudahan ini menyebabkan kebanyakan remaja tidak lagi menuju ke perpustakaan untuk mencari maklumat.

  1. Sindrom swafoto gajet

Hampir 91% remaja mempamerkan gambar mereka di sosial media. Kaji selidik tentang imej diri oleh AOL.com dan TODAY Show mendapati 65% remaja perempuan berasa selfie atau swafoto menambah keyakinan diri mereka. Remaja juga boleh terjebak dalam menghantar swafoto bogel atau secara seksual kepada seseorang atau menerima foto seksual daripada seseorang. Ini mendedahkan mereka kepada pemangsa seperti pedofilia.

Kebanyakan pakar bersetuju bahawa penggunaan teknologi secara bersederhana adalah penting untuk semua peringkat umur dan ibu bapa mesti mengawasi tabiat penggunaan gajet mereka sendiri sebagai contoh ikutan yang sihat kepada anak-anak.  Berikan galakkan kepada anak anda untuk terlibat dengan aktiviti luar dan aktiviti keluarga.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

PAKEJ WEBSITE 2022

PAKEJ WEBSITE ECOMMERCE 2022


x
Scroll to Top