GENERASI MUDA KENA BIJAK MANFAAT MEDIA SOCIAL

Media sosial mempunyai banyak sisi baik berbanding buruk jika kita menggunakannya dengan betul. Aplikasi TikTok misalnya yang kini mendahului senarai kegemaran pengguna masa kini, turut mampu menjadi saluran maklumat.

Media sosial secara umum bukan hanya digemari golongan muda, malah generasi berusia juga hampir semuanya memiliki pelbagai aplikasi seperti itu dalam telefon mereka. Hal ini menunjukkan ia sudah menjadi trend semasa bukan hanya dalam negara, tetapi juga seluruh dunia.

Aplikasi media sosial umumnya membenarkan semua penggunanya membabitkan diri secara percuma dengan capaian audien global tanpa diskriminasi.  
Perkara ini memberikan peluang kepada pengguna untuk menyerlahkan bakat, berkongsi maklumat ataupun tip, kata-kata motivasi dan sebagainya. Apa yang perlu dibuat hanya merakam video untuk menyampaikan kandungan mereka lalu dan ia mampu dicapai oleh seluruh dunia.

Penyampaian kandungan dalam aplikasi media sosial juga umumnya ringkas, tetapi padat. Misalnya jika TikTok, ia membenarkan video yang berdurasi antara 50 saat sehingga tiga minit sahaja. Video yang dipaparkan rata-ratanya bersifat terus ke isinya. Jadi penonton mudah faham apa yang ingin disampaikan. Justeru, kaedah begini memudahkan maklumat disampaikan.

Media sosial juga menjadi penjana sumber pendapatan bagi sesetengah warga net. Jaringan aplikasi yang sangat luas dan berupaya dicapai oleh sesiapa sahaja, membolehkan pengguna memasarkan produk mereka. Disebabkan popularitinya juga, ia menarik minat golongan pengiklan. Seorang pempengaruh (influencer) misalnya mampu meraih antara RM800 hingga RM80,000 untuk tujuan promosi.

Namun, kita juga maklum dengan kesan penggunaan media sosial. Banyak akibat buruk jika ia tidak dikawal dan digunakan secara bijaksana. Dalam konteks ini, pengguna tentu saja perlu menggunakan akal fikirnya yang sihat bagi membatasi diri daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Sumber: BH online

Leave a Comment

Your email address will not be published.

PAKEJ WEBSITE 2022

PAKEJ WEBSITE ECOMMERCE 2022


x
Scroll to Top