AWAN DI HUJUNG JARI

Khidmat storan di awan (‘cloud’) semakin popular dan semakin mesra pengguna. Persaingan menjadikannya sebagai alternatif sesuai selain storan fizikal.  Boleh diakses bila-bila masa dan di mana juga.

Kelebihan:

  • Konsep mudah alih dan memudahkan setiap pemindahan atau perkongsian data yang besar saiznya.
  • Bebas akses di mana-mana lokasi melalui pelbagai jenis peranti sama ada mudah alih, komputer Mac atau Windows dan sebagainya. Asalkan ada capaian internet.
  • Mengurangkan risiko virus.
  • Selamat disimpan selagi password ditangan anda.
  • Menjimatkan – tidak perlu beli pendrive.
  • Takde lagi masalah pendrive atau external hard disk tertinggal.
  • Fail atau data tidak mudah rosak.

Kekurangan:

  • Tiada kawalan secara langsung terutamanya dalam soal keselamatan data tersebut. Ini adalah kerana data akan ditempatkan dalam komputer server pihak ketiga.
  • Perlu ada talian internet untuk akses
  • Kadar kelajuan internet diperlukan untuk setiap pemindahan data.

Tetapi kekurangan ini masih boleh diatasi pada lain masa dengan kemajuan teknologi sedia ada dan semakin canggih. Secara keseluruhan khidmat ini banyak kelebihannya dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

PAKEJ WEBSITE 2022

PAKEJ WEBSITE ECOMMERCE 2022


x
Scroll to Top