APA MAKSUD DOMAIN

Nama domain ialah nama yang digunakan untuk mengenalpasti lokasi sesebuah laman web. Ia bertindak sebagai alamat kepada sesebuah laman web di internet. Nama domain ini perlu adalah untuk membolehkan ia diakses atau dicapai oleh seluruh dunia melalui internet. Jika tiada nama domain, ia bolehlah diumpamakan seperti rumah yang tiada alamat, maka tiada siapalah yang akan mengunjungi laman web anda.

Setiap nama domain perlulah didaftarkan terlebih dahulu dengan mana‐mana pendaftar domain yang telah disahkan atau pun lebih dikenali sebagai “Pendaftar Nama Domain”. Nama domain anda juga akan menjadi alamat kepada laman web anda apabila diletakkan pada URLnya nanti.

Sebelum membeli nama domain yang anda hajati, anda perlu menyemak apakah nama domain tersebut masih belum atau pun sudah dimiliki oleh pihak lain. Untuk menyemaknya anda boleh meletakkan nama domain pilihan anda ke dalam kotak carian yang disediakan oleh laman web tersebut. Jika kotak carian tersebut menjawab “Taken”, bermakna nama domain tersebut telah dipunyai oleh pihak lain. Jika tertera perkataan “Available”, anda berpeluang untuk membeli nama domain pilihan anda itu.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

PAKEJ WEBSITE 2022

PAKEJ WEBSITE ECOMMERCE 2022


x
Scroll to Top